Friday, 13 May 2016

Cabaran Baru

Assamualaikum blog yg bersawang.

Haha maaf ampun memang tgh malas tahap petala ke lapan nk update blog. Diam x diam dah nak masuk pertengahan 2016 dah. Tak sampai sebulan lagi nk Ramadham. Dah abes ke ganti? jeng jeng jeng....

Genap 1 Mac 2016, Tamat dengan jayanya Latihan SL1M-IBE Fasa 2 Kumpulan 1A. Walaupun agak kecewa sbb x diserap  tak akan diserap, tapi alhamdulillah.. I got wonderful experiences during the whole 1 year at TNB. Memang asalnya macam x bestnya dapat masuk JPK, tapi bila dh masuk, baru tau erti kasih sayang yg penuh dlm JPK tu.

JPK atau nama panjangnya Jabatan Perkhidmatan Keselamatan, jabatan yang yg bertanggungjawab mengenai keselamatan fizikal di seluruh pepasangan TNB. Asalnya ada salah faham mengenaui perkataan "Keselamatan" yang ada dlm akademik cert tu. Pasrah je la.

Sepanjang 10 bln training di JPK, banyaaaaakkkk sangat ilmu baru yg aku belajar. Semuanya tentang keselamatan. CCTV, ancaman keselamatan, risiko, pencerobohan, kecurian, tender, sistem keselamtan dan lain2. benda yg x terjangkau dek akal pun ada. Alhamdulillah, bersyukur sgt dengan kurniaanMu Ya Allah. Sensungguhnya perancanganMu lebih baik dari sesiapa pun di muka bumi.

Lepas habis SL1M, menganggur sebulan, lepas tu dapat keje sementara kat Pusar e-Rezeki Shah Alam dan sekarang ni Alhamdulillah dapat permenant job kat Ablenet. Semua tu Allah dah atur cantik2 dah untuk kita...


xoxo


Wednesday, 1 July 2015

Sebuah Perpisahan

geng x pernah dok diam
24 Jun 2015, Julia Idayu Noor Jasman aka juju secara rasminya talah meletakkan jawatan sebagai pelatih SL1M. Yeah aku saje update entry tentang ni agk lambat sikit. Bukan apa, air mata asyik keluar je bila teringat tentang juju #SaiaTakKuad. Yes, aku akui yang Juju byk berjasa kpd kami. Kehilangan juju dari sisi kami meninggalkan kesan mendalam ayt novel sgt aku ni.



Juju..
Walaupun perkenalan kite baru 3 bulan..
Masa bukan lah penting untuk menentukan persahabatan kita…
Permulaan yg awkward untuk perkenalan kita..
Duduk sebelah2 masa kat dewan ILSAS..
Kau byk ckp, aku byk gelak,
Kita ibarat satu keluarga di kala berate di perantauan,
Share suka duka bersama
Support each other.

But, we’re getting better.
Belajar bersama,
Duduk dgr ceramah dan buat aktiviti SL1M bersama,
Keluar tgk wayang sama,
Makan sentiasa bersama,
Bermain bersama,
Mencari rumah sewa bersama..

Menjadi housemate aka virtual roommate kau,
Menambah lg kenangan kita
Lepak hujung minggu sama2
X pernah lekat kt rumah
Sentiasa ada aktiviti bersama kite seluruh IT div…



Bila dgr kau nk tinggalkan kami
Aku terkedu
Tergamam
Tp jauh di sudut hati tu yg terbaik utk kau
Doa dari aku untuk kau sentiasa ada…
Semoga kau dilimpahkan rezeki yg halal..
Moga kau sentiasa gembira di samping keluarga
Yang paling penting moga kau sentiasa sihat.
Kau je yg boleh decide keputusan utk diri kau
Of course dgn perbincangan bersama..



Walaupun baru 3 bulan kita bersama,
Tp aku rasa mcm dah bertahun kita kenal
Macam dah bertahun kita duduk serumah
Macam dah lama kita buat aktiviti bersama.



Bila kau dah xde kat rumah tu,
Aku rindu nak dengar cerita kau,
Aku rindu nk dgr gelak kau
Aku rindu nk dgr gurauan kau
Aku rindu nk dgr kau nyanyi
Aku rindu nk dgr kau bebel,
Aku rindu nk shopping dgn kau,
Aku rindu segalanya ttg kau….

Terlalu byk kesan peninggalan kau kt rumah tu..
Rumah tu kita semua cari bersama,
Tgk baju2 aku teringat kau, kau penasihat aku
Kau peneman aku..
Kau penyelamat kami..







Kami sayang kau juju..
Semoga kau cepat sihat,
Ceria selalu
Always be our Juju..
Kami saying kau Juju..
Juju always in our heart.

Bye bye Juju


p/s: first time aku menangisi perpisahan. Dah lebih seminggu, tp masih meleleh air mata bila teringat kau. Semoga kita, IT div kuat tanpa kau. Semoga masa menguatkan hati kami semua..

Thursday, 25 June 2015

SL1M-IBE TNB Fasa 2 Rawkk!



Yeah, diam tak diam dah setengah tahun 2015 berlalu… Gila, kejap je masa berlalu. Da byk benda telah berlalu. Kesian blog aku ni dianak-tirikan.. haha. Maksudnya, diupdate ikut mood semata-mata. Dah lama x update bermaksud aku makin mls nk meng’update’ blog! Haha

Awal thn ni mendatar sikit la. Just busy dgn interview sana sini. Tapi nak buat macam mana, rezeki xde lagi. So jd la penganggur cum bibik cum driver cum tukang masak kat rumah tu.

Hidup mula best bila dpt panggilan interview kt TNB. Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M). Walaupun bukan jawatan tetap, aku tetap berbangga dan bersyukur yg aku tepilih dr beribu2 candidates yg mohon. Walaupun pd awalnya aku x confident yg aku dpt jwtn ni, aku berserah je la rezeki pdNya..Alhamdulillah rezeki aku kt TNB ni.
11 orang, IT Division, SL1M-IBE TNB fasa 2


Nampak x yg kami ni gila gambar?
Dpt surat panggilan SL1M ni 2 hari sebelum lapor diri. Gile kelam kabut aku.. haha. Yg penting daftar. Dan juga bersyukur yg Division IT havoc giler! Hoooyyeeaaaa. Penuh memori phone aku sbb byk gambar yg diorg kongsi kt WA. Giler. Haha.. But, org tua2 kata, nk dpt kesenangan perlu melalui kesukaran dulu kn? ALhamdulillah everything going so fine 

SL1M-IBE fasa 2

p/s: Entry ni da lama tersimpan dlm draft, aku pn xtau nape x publish dulu.. haha

Sunday, 20 July 2014

Not Going Anywhere

Waa. Tajuk entry nak gempak kn? haha.. tp betul kena dgn blog aku. Berbulan2 baru nak update.. Macam aku ni tercampak kat hutan mana yang tak ada internet connection. Pada hal aku tak pergi mana2 pun.. ada je kat rumah ni..

Tahun 2014 quite tough, for us (our family) and me especially. Tough bukan bermaksud susah papa kedana what so ever, tapi term tough kt sini merujuk kepada schedule family kitorang dan aku terutamanya yang bz.. macam2 berlaku sepanjang 8 bulan di tahun 2014 ni.. jom recap!

First, aku hampir2 menangis putus asa dgn projek tesis master aku... it was really hard time for me. Mana taknya, esok dah kne submit full report kt fakulti, harini sv baru ckp yg aku punya projek tu x cukup skop, skop kecik sgt, objektif mcm x berapa nak clear.. WHAT???? sepanjang 1 sem aku buat, xde lak tegur. Well, I'm admit, part of that mmg salah aku, malas sgt jumpa sv. Nak buat macam mana, tawakal je hantar. tutup mata jela kalau kena hentam! And yeah mmg kne hentam kaw2 punya masa viva.. Kena lak dpt penilai Prof Jai aka Dean FK.. tp Alhamdulillah, diorang hentam bukan hentam kosong.. Siap kasi solusi utk memperkemaskan tesis aku tu..

Secondly, vacation jgn dilupakan.. haha.. Tahun ni kitorg geng kutu rayap fly away to Krabi! yeah.. Tapi geng kutu rayap kali ni bertukar ahli la.. Tolak cik dwa, tambah cikman, cikwan dan ayu.. bagi aku, Krabi is the most affordable places to visit utk luar negara. kitorang gi 8 hari kat sana and total cost habis utk seorang dlm RM1000 include flight, accomodation, f&b and activities. Byk gila aaktiviti sampai flat bateri kitorang..

Tempat makan terbaik.. 

We are happy!

Aktiviti air dengan kami mmg  boleh pisah

Sunset at Phuket with love~

Lepas balik Krabi terus kak tuty book aku and ayu jadi bibik umah dia sepanjan dia pantang.. haaa.. part ni best! Sara ada kawan baru! Alhamdulillah,bertambah seorang cucuk atokma dan tokayah. Lahirnya Safaa Ameena Zairul Aizec.. Beza Sara dgn Safaa cuma setahun. They really sweet sister! haha.. cik aten rindu~

Sara and Safaa on their first meeting :)

Then, bulan 6 aritu abg mir selamat diijab kabulkan dgn si Kiah.. hehe.. tp sayangnya  x sempat bergambar byk2 sbb tooooooooo tired and kena rushing anta ayu gi KLIA2.. In fact aku x sempat pun jumpa Didi on the reception day. Sedih kot!

Lepas tu, Ramadhan tiba. macam biasa lah. puasa sebulan. Alhamdulillah, x banyak pembaziran berlaku tahun ni.. hehe. sbb masing2 malas nak gi bazar. main masak ala kadar je kat umah..

tp preparation raya ni lebih tertumpu kat preparation wedding abg2 aku tersayang! (sure diorang terangkat!). Bulan 8 ak mendatang ni bulan yang sangat busy! phewwwww~ Jadual weekend aku utk ogos dah full in book. Kawan2 kawen, abang2 kawen (Didi nikah 9 Ogos, Resepsi belak laki serentak dd+abgmir 31 ogos), kawan turun jb dan sebagainya! Alhamdulillah.. Jemputan tu satu rezeki.. akan ku cuba sedaya upaya utk memenuhi semua undangan..

OK all, Selamat berpuasa, Selamat Hari Raya (wish awl sbb 90% aku x blogging sampai lepas raya, silap2 lagi lama dr tu), yang bakal mendirikan rumah tangga, selamat sibuk dgn segala urusan.. Semoga semuanya berjalan dgn lancar dan semoga rumah tangga kalian mendapat keberkatan dariNya..

Assalamualaikum :) Peace y'all...

Sunday, 12 January 2014

Highlight of 2013... aka bersihkan sawang kt blog jap!

Phewwww... (penat ala2 lps bersihkan sawang blog ni).. haha.. idk why ak da kureng sikit berblog! bz ker kot! haha

Selamat Tahun Baru 2014... New year, umur bertambah, harap2 tahun mendatang lbh baik dr sebelumnya.. amin... Too many thins happened in 2013.. and yet too many vacations on that year!  gile!

Start with Melaka trip with Sheila, Eqa n Kak Sal.. tido umah tokmak n gi Melaka blk hari je.. penat. tp syukur ade 3 drivers masa tu.. tempat yg sempat kami cover just A Famosa Water World n bandar Hilir je...

Ahli Rombongan


On the same month, Januari juga  Langkawi trip with my dear Yat (nak kawen bln dpn).. yg tu mmg gile x boleh diterima akal! boleh lak pergi langkawi berdua! repeat: pergi berdua!!! huhu.. Alhamdulillah everything gone well.. 3 mlm kat sana rasa kejap je..

Jom terbang dgn AirAsia...

Bulan 2 lak, masa CNY pergi Pangkor dgn family lak.. unplannable.. cuti x tau nak gi mana, tetibe sampai Ipoh umah mak lang.. igt kn naik Cameron je.. tp ade org reject sbb mabuk! so kite gi Pangkor je.. haha

Lumut Ferry Terminal


Balik dr Pangkor, rehat jap few months before geng kutu rayap (me, abg mir, cik dwa n dd) fly away to KK.. ni semua aku punya angkara.. berjaya menghasut diorg beli tics promo AA.. haha. Kat KK 3 mlm gak kot.. x igt.. masa tu jln mmg x igt dunia laa. blk homestay juz utk tido je.. celik mata siap2 then terus merayap! haha

Gunung Kinabalu dah kami jejak (kaki gng je)

Lps KK trip rehat lama la juga.. Puasa, raya, raya haji etc.. then bln 10 fly to KL (of course with AA, tics murah woo just RM24) for our beloved SCR buddies wedding! Dayah n Abg Apis! masa tu amik kesempatan utk short vaca with rumet n mali, mandi jap kt Sg Tua n small reunion gathering utk SCRian..

Curi masa mandi manda kat Sg Tua

Wished they are here T.T


Last n as penutup vacation trip utk 2013 jelajah utara dgn Cik Dwa n TokMak.. start dr JB-Bkt Gambir - Klang - Tg Malim - Ipoh - Lumut - Tg Malim - Bkt Gambir - Jb.. pjg perjalanan kami! byk tempat sbb Tok Mak nk singgah semua umah anak2 nye yg di belah utara.. I'm the lady driver a usual! (tu tujuan asal cik dwa ajak ikut skali) penat but worth it! lepas stress lps viva

Proton City, Tg Malim

Selain vacation, the most important yg mesti dihighlight kan adalah kami menerima ahli baru.. cik Sara Aisyah Zairul Aizec.. cutie pie pemanis hati, intan payung, the only one (buat masa skrg) cucu perempuan tok mama n tok ayah! haha
Always missing this little one!
Byk lg benda terjadi sepanjang 2013 ni.. tp too many smpai x ingat larat nak tulis.. New azam utk tahun ni: Nak Kawen!! haha boleh x gitu.. xoxo